Posts

Apakah Pembedahan Graf Bypass Arteri Koronari?

Image
  Apakah Pembedahan Graf Bypass Arteri Koronari?   Coronary Artery Bypass Grafting (CABG) adalah prosedur pembedahan di mana satu atau lebih arteri koronari tersumbat dipintas oleh saluran darah untuk mengembalikan aliran darah normal ke jantung. Graf atau pintasan ini biasanya berasal dari arteri dan urat pesakit sendiri yang terletak di dada (toraks), kaki (saphenous) atau lengan (radial). Pintasan dibuat di sekitar arteri sempit atau tersumbat untuk membuat jalan baru agar darah kaya oksigen mengalir ke jantung.   Tujuan prosedur ini adalah untuk melegakan simptom penyakit arteri koronari (termasuk angina), membolehkan pesakit untuk meneruskan gaya hidup normal dan menurunkan risiko serangan jantung atau masalah jantung lain.

Orang kurus bebas kolesterol?

Image
A dakah benar jika seseorang kurus tak perlu risau akan bahaya kolesterol seperti orang gemuk. Perbandingan saiz badan, lemak fizikal yang kelihatan seperti perut yang menggeleber, buncit, peha dan lengan yang besar. Fakta: Walaupun orang kurus dan bertubuh kecil tidak menimbulkan gejala fizikal, tahap kolesterol tinggi berbahaya bagi tubuh kerana boleh mengubah dinding saluran darah. Kesan jangka panjang akan menyebabkan penyakit jantung koronari. Tahap kolesterol tinggi adalah penyebab utama kematian mendadak akibat serangan jantung. Berjaga jaga!